Popular Di Media Sosial, Namun Destinasi Pelancongan Viral Ini Sebenarnya Tak Wujud!

Kerana tidak ingin mengecewakan para pelancong yang berkunjung di sebuah daerah popular, Xiapu, seorang pengurus tarikan pelancong di China yang bernama terpaksa menipu dengan cara ‘mengupah’ beberapa orang tempatan untuk berlakon sebagai petani dan nelayan di kawasan perkampungan tersebut.

popular di media sosial, namun destinasi pelancongan viral ini sebenarnya tak wujud!

Semuanya bermula apabila beberapa foto cantik yang seakan-akan diambil di sebuah desa tular di media sosial Weibo.

Dalam foto-foto tersebut, kelihatan petani-petani sedang berjalan bersama kerbau ternakan sambil berlatar belakangkan landskap menghijau. Ada juga yang mana mereka dikelilingi pohon-pohon rimbun dengan cahaya matahari yang bersinar di sebalik cahaya kabus.

Hasil perkongsian ramai pengujung, kawasan terbabit dikenal pasti sebagai sebuah desa popular di China yang dikenali sebagai Xiapu, ia terletak di wilayah Fujian.

Susulan foto-foto yang tular itu, ribuan pelancong berpusu-pusu untuk ke lokasi tersebut sehingga menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di China.

Namun, di sebalik kepopularan itu, ada satu ‘rahsia’ yang tidak ramai ketahui mengenainya.

popular di media sosial, namun destinasi pelancongan viral ini sebenarnya tak wujud!

Biarpun daerah Xiapu memang wujud, namun apa yang disaksikan mereka yang berkunjung ke lokasi tersebut adalah hasil lakonan penduduk tempatan yang berpura-pura menjadi petani dan nelayan untuk pelancong yang sedia membayar.

Menurut Liu Weishun, yang menguruskan tarikan pelancongan tempatan menerusi gambar dan visual yang memaparkan kehidupan di perkampungan tersebut, setiap hari, dia menerima kira-kira 500 pelawat dan mengenakan caj sebanyak $3 (RM9) seorang.

Namun, tidak semua pelancong tersebut tahu bahawa apa yang dilihat mereka adalah palsu.

“Apabila mereka mendengar yang semua ini hanya lakonan, mereka kecewa.

“Jadi kadang-kadang saya akan beritahu, oh, ini bukan musimnya, untuk hilangkan rasa kecewa mereka,” ujarnya.

Walaupun apa yang disaksikan itu bukanlah nyata, sebilangan pelancong bagaimanapun tidak kisah melakukan perjalanan ke Xiapu dengan tujuan untuk merakamkan gambar agar dapat dikongsikan di media sosial mereka, selain untuk mengenang kembali memori tradisi kehidupan yang dulu-dulu.

Xiapu dahulunya ialah sebuah penempatan nelayan yang cukup terkenal dengan makanan lautnya. Walaubagaimanapun, ekonominya kemudian jatuh berikutan hasil tangkapan yang semakin menurun tahun demi tahun.

Namun, daerah itu kini memperoleh keuntungan semula hasil ledakan sektor pelancongan yang didorong oleh desakan kerajaan China yang menginginkan rakyatnya mengembara ke luar bandar, dan merasai nostalgia cara hidup zaman dahulu yang kini ditelan zaman.

 

Sumber: [1]