Penternak Di Turki Pakaikan Kaca Mata VR Pada Lembu, Berhasil Buat Banyak Susu

Demi menambah jumlah susu lembu yang diperah, seorang penternak lembu dari Turki bernama Izzet Kocak bekerjasama dengan sekumpulan pakar bagi membangunkan teknologi cermin mata VR (virtual reality) pada haiwan tersebut.

penternak di turki pakaikan kaca mata vr pada lembu, berhasil buat banyak susu

Menurut saintis terlibat, keadaan persekitaran memberi kesan ketara kepada kesihatan lembu yang memberi kesan terhadap kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan secara drastik.

Izzet, bekerjasama dengan ahli teknologi dan doktor haiwan perunding di ladang Krasnogorsk berhampiran Moscow bagi mewujudkan suasana yang baik untuk haiwan-haiwan ternakannya.

Perkakasan yang dibangunkan mereka adalah untuk memadankan cermin mata realiti maya manusia (VR) dan reka bentuk mengikut spesifikasi kepala lembu.

Pasukan IT terlibat kemudian menukar palet warna dalam perisian supaya lebih sepadan dengan penglihatan unik haiwan itu.

Mana-mana lembu yang mengenakan cermin mata itu tidak akan dapat melihat merah dan hijau dan hanya mampu melihat warna kuning dan biru yang kusam walaupun mereka tidak mengalami masalah buta warna.

Sebagai hasilnya, kebanyakan gambar lembu Izzet Kocak terlihat sedang seronok mengunyah rumput di kandang.

Walaupun begitu, cermin mata VR itu memberikan imej padang rumput hijau yang mana mereka seolah-olah sedang meragut dengan kawanan di padang rumput yang luas.

Izzet mengakui bahawa lembunya gembira melihat padang rumput yang hijau.

Cermin mata VR tersebut meminimumkan tekanan untuk membuatkan mereka berasa tenang ketika makan.

Bukan itu sahaja, Izzet turut menggunakan pembesar suara untuk memainkan muzik klasik bagi menenangkan lembu tersebut yang mana hasilnya juga tidak kurang memuaskan.

Memetik laporan The Daily Mail, Kementerian Pertanian merujuk kepada penemuan kajian Belanda dan Scotland bahawa keadaan persekitaran mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan lembu yang memberi kesan pada kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan.

Memadai sahajalah Izzet memperoleh hasil memuaskan yang mana kongsinya, pengeluaran susu oleh lembu-lembu ternakannya meningkat dari 22 liter kepada 27 liter sehari.

 

Sumber: [1]