Pengetua Sekolah Dakwa Pelajar Boleh Tetas Telur Hanya Melalui Kekuatan Fikiran

Sebuah sekolah vokasional di China mendakwa bahawa para pelajarnya mempunyai keupayaan untuk menetas telus rebus hanya dengan menggunakan kekuatan fikiran mereka.

pengetua sekolah dakwa pelajar boleh tetas telur hanya melalui kekuatan fikiran

Guo Ping, Pengetua Pendidikan Chunlin di Zhengzhou, China, kekal teguh dengan pendirian tersebut yang mana dia malahan didakwa memimpin sekumpulan ‘pelajar khas’ yang menyalurkan kekuatan minda dan tenaga mereka untuk mengubah telur rebus yang telah disenyawakan bertukar menjadi telur hidup.

Menurut satu artikel yang dikeluarkan oleh media tempatan, satu daripada tujuh telur yang pernah digunakan dalam percubaan itu berhasil diinkubasi dan ditetas pada 1 September dalam proses yang disaksikan sejumlah orang, termasuk tujuh pelajar, enam ibu bapa dan dua profesor.

“Anda harus menumpukan perhatian dan memantulkan telur-telur tersebut di dalam fikiran anda. Kemudian anda menggunakan cara – yang merupakan rahsia teras – untuk menghidupkan ia semula,” ujar Guo kepada salah satu outlet berita di China.

Akui Guo, dia juga telah melatih ramai guru dan pelajar untuk menggunakan kaedah tersebut.

Dalam laporan lain, kumpulan pelajar itu dikatakan menggunakan kesedaran super-psikologi dalam eksperimen lain untuk menghidupkan lebih daripada 40 telur rebus.

Chunlin Education ditubuhkan pada 2009 dengan persetujuan pihak berkuasa Zhengzhou di China.

Kerana tidak terlibat dalam latihan pekerjaan, institusi tersebut sering mengadakan acara bertujuan memanfaatkan potensi dan kreativiti anak-anak, seperti mana yang diterangkan dalam laman web mereka.

 

Sumber: [1]