Penduduk Taiwan Berpusu-Pusu Tukar Nama ‘Salmon’ Kerana Sushi Percuma

Gara-gara ingin mendapatkan sushi percuma, ramai rakyat Taiwan berpusu-pusu ingin menukar nama sendiri kepada ‘salmon’ awal minggu ini.

penduduk taiwan berpusu-pusu tukar nama ‘salmon’ kerana sushi percuma

Susulan daripada kejadian yang kian tidak terkawal itu, Kementerian Dalam Negeri Taiwan mendesak rakyat negara terbabit agak berfikir dengan teliti sebelum berkeputusan untuk menukar nama mereka.

Menurut Akta Nama di negara tersebut, orang ramai berhak melakukan penukaran pada nama mereka sebanyak tiga kali.

Lantaran itu, hampir 100 orang di negara itu telah mendaftar untuk menukar nama mereka kepada nama yang punya perkataan ‘salmon’ gara-gara ingin mengambil kesempatan terhadap promosi yang dijalankan oleh sebuah restoran sushi yang menawarkan sushi percuma kepada mereka yang mempunyai nama ‘salmon’.

Isnin lalu, rangkaian restoran itu mengumumkan bahawa ia akan memberikan sushi percuma kepada sesiapa sahaja yang namanya mempunyai perkataan ‘salmon’.

Restoran tersebut turut menambah, mereka yang berupaya membuktikan nama sendiri dengan menggunakan kad pengenalan juga dapat membawa lima orang tetamu untuk makan percuma bersama-sama.

Promosi yang berlangsung kira-kira empat hari itu meledak hingga berjaya mendorong ramai penduduk di negara itu untuk melakukan perubahan nama di pejabat pendaftaran isi rumah di seluruh Taiwan.

Namun, tidak lama selepas itu seorang lelaki yang menukar namanya pada Rabu lalu dilaporkan memberitahu para pegawai bahawa dia merancang untuk menukar nama asalnya kembali setelah mengambil kesempatan daripada promosi tersebut.

Sementara itu, pejabat pendaftaran lain di negara tersebut mengatakan pihaknya telah berjaya menghalangi lelaki lain untuk mengubah namanya sama sekali mana pejabat yang berlainan pula berkongsi bahawa terdapat seorang lelaki berasingan yang berkeputusan untuk terus menggunakan nama barunya yang telah ditukarkan kepada ‘salmon’ itu biarpun pernah melakukan perubahan nama dulu.

 

Sumber: CNA