Pemuda Perdaya 35 Wanita Untuk Kutip Hadiah Hari Jadi

Kerana gilakan hadiah ulang tahun, seorang lelaki di Jepun dituduh menjalinkan hubungan percintaan dengan hampir seramai 35 wanita.

pemuda perdaya 35 wanita untuk kutip hadiah hari jadi

Misinya adalah tidak lain tidak bukan untuk mengutip sebanyak mungkin hadiah ulang tahun untuk dirinya sendiri.

Menurut Japan Today, lelaki bernama Takashi Miyagawa, 39, itu ditangkap di Osaka, Jepun atas tuduhan menipu sekurang-kurangnya 35 wanita dengan memberitahu mereka bahawa dia mahukan hubungan yang serius.

Miyagawa, yang dituduh melakukan tipu daya tersebut dipercayai telah memperoleh wang tunai hampir $1,000 (RM4,136) berserta hadiah. Tambah lagi, dia dikatakan bekerja sambilan dan tidak memiliki alamat tetap.

Tarikh lahir sebenarnya pula jatuh pada 13 November.

Dia difahamkan bekerja sambilan dan tidak memiliki alamat tetap.

Namun baru-baru ini, dia dikatakan memberitahu kepada salah seorang mangsa penipuannya berusia 47 tahun bahawa tarikh pentingnya itu adalah pada 22 Februari.

Pada Februari lalu, beberapa mangsa yang pernah menjadi sasaran Miyagawa membentuk Persatuan Mangsa-Mangsa dan memberitahu polis mengenai cerita mereka.

Menurut salah seorang mangsa, dia menceritakan bahawa dia diberitahu lelaki tersebut bahawa hari besarnya itu adalah pada April namun mangsa lain pula berkata ia adalah pada Julai.

Tidak ketinggalan, siaran berita tempatan turut cuba untuk mendapati Miyagawa sebelum tuduhan jenayah diajukan secara rasmi terhadapnya. Tetapi, dalam rakaman yang disiarkan di YouTube itu, Miyagawa dilihat melarikan diri daripada wartawan dan jurukamera.

 

Sumber: [1]