Peminat Tegar Dari Kecil, Pasangan Langsungkan Majlis Pertunangan Tema Doraemon

Tidak hanya popular di Malaysia, kartun Doraemon juga memiliki banyak peminat dari serata dunia.

peminat tegar dari kecil, pasangan langsungkan majlis pertunangan tema doraemon

Salah satunya adalah di Vietnam, yang mana sepasang kekasih mengadakan majlis pertunangan mereka dengan bertemakan Doraemon.

Kisah mengenai pasangan yang bernama Khanh Lam dan Xuan Khanh ini juga pernah menarik perhatian warganet hinggakan ia menjadi viral.

Menerusi Oddity Central, bakal pengantin wanita Khanh Lam mendedahkan bahawa dirinya sememangnya seorang peminat tegar Doraemon.

Akui pasangan tersebut, pada awalnya mereka ragu-ragu untuk mengadakan majlis pertunangan mereka dengan tema Doraemon. Manakan tidak, pasangan terbabit khuatir sekiranya keluarga mereka menganggap ia bersifat keanak-anakan.

Namun tidak terjangka pula oleh pasangan muda itu yang mereka akan mendapat restu daripada kedua-dua belah orang tua untuk meneruskan hasrat tersebut yang pada mulanya dikhuatiri ‘keanak-anakan’.

peminat tegar dari kecil, pasangan langsungkan majlis pertunangan tema doraemon

Berikutan itu, bukan hanya sekadar hiasan, malahan meja dan kek tunang mereka juga memiliki corak warna biru-putih khas yang sinonim dengan karakter kartun Jepun itu. Tambah lagi, pengapit mereka turut sama mengenakan gaun berwarna biru berserta pin Doraemon.

Rupa-rupanya, Kham Lam sendiri sudah meminati Doraemon sejak kecil. Lantaran itu, apabila dia meminta agar majlis mereka diadakan dengan tema Doreamon, bakal suaminya itu tidak dapat menolak.

Bahkan, pemuda tersebut turut melawak, jika dia dan Khanh Lam baru saling mencintai antara satu sama lain selama enam tahun, Khanh Lam pula sudah mencintai Doraemon lebih lama lagi berbandingnya.

Timbulnya minat Khanh Lam terhadap Doraemon bermula sejak keluarganya membuka kedai buku. Dari situ, dia mula meluangkan masanya dengan membaca siri komik Doraemon.

peminat tegar dari kecil, pasangan langsungkan majlis pertunangan tema doraemon

“Aku sangat menggilai karakter ini hinggakan ketika kawan atau keluarga aku pergi ke sesuatu tempat, mereka selalu membawa pulang cenderahati Doraemon,” ujarnya.

 

Sumber: [1]