Pada kebiasaannya, nama seseorang bayi itu pastinya akan difikirkan sehabis baik mungkin, kerana ia juga bakal menjadi representasi identitinya apabila besar nanti.
Namun, bagaimana pula sekiranya nama bayi itu adalah Karantina Covidah Corona?
Di waktu-waktu pandemik sebegini, ada juga pasangan ibu bapa yang terfikir untuk menamakan anak mereka bersempena dengan situasi semasa yang melanda dunia.
Terbaru, satu pasangan suami isteri di Indonesia menamakan cahaya mata perempuan mereka, yang baru sahaja dilahirkan, sebagai Karantina Covidah Corona.
Perkara tersebut sempat menangkap perhatian warganet tempatan hingga ada yang mempersoalkan sekiranya pasangan ibu bapa baru itu sebenarnya serius atau bermain-main soal menamakan anak mereka itu.
Menurut kad bayi yang tular di media sosial, tertulis bahawa bayi perempuan itu lahir pada tahun lalu, iaitu pada Khamis, 26 Mac 2020, saat virus korona mula tular, termasuk di Indonesia, sehingga menyebabkan penduduk dari serata dunia terpaksa berkurung di rumah dan kuarantin.
Mungkin itu jugalah alasan di sebalik diberinya nama bayi perempuan itu Karantina Covidah Corona.
Difahamkan bayi perempuan itu merupakan hasil cahaya mata daripada pasangan Supardi dan Lilis Yanti.
Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat lanjut yang ditemui mengenai bayi perempuan itu.
Namun, ada sahaja orang ramai yang kekal mempersoalkan kemunasabahan di sebalik pemberian nama itu.
Sumber: [1]