Pernah tak terdengar mengenai burung paruh katak?
Kalau tidak, ha, mari sini SYOK nak kongsikan!
Dikenali sebagai burung yang terbang mengelilingi benua kecil India hingga ke Australia, burung paruh katak memiliki paruh yang lebar dan ternganga, membuatkannya kelihatan begitu comel sekali.
Biarpun ia kelihatan hampir serupa dengan burung hantu, namun burung paruh katak sebenarnya lebih berkait dengan spesies nightjars yang mana mereka tergolong dalam keluarga Podargidae, yang terdiri daripada 15 spesies berbeza.
Tiga daripada 15 spesies tersebut, iaitu frogmouth tawny, frogmouth marbled dan frogmouth Papua yang lebih cenderung ditemui di Australia dan New Guinea.
Namun lain pula untuk 11 spesies lain yang mana mereka sering dijumpai di seluruh Asia.
Oleh kerana mereka aktif sepanjang malam, burung paruh katak ini perlu memastikan bahawa mereka dilindungi pada waktu siang, ketika berehat.
Inilah sebabnya mengapa mereka sangai pandai menyamar di sebalik pokok, hingga tiada sesiapa pun yang boleh perasan mengenai kewujudan mereka.
Namun mujur sahaja kerana burung paruh katak ini terselamat daripada ancaman spesies yang menuju kepupusan.
Perkara ini mungkin akan berubah di masa hadapan biarpun setakat ini, burung-burung tersebut masih lagi dapat ditemui dengan begitu banyak sekali di habitnya serata dunia.
Sumber: [1]