Zaman sekarang apa-apa yang berkaitan dengan makanan pasti menarik minat ramai orang, lagi -agi makanan yang viral ataupun makanan yang unik dan sedap. Kalau ada menu baru, mesti ramai yang akan berpusu pusu untuk cuba.
Macam mana dengan makanan pelik ataupun yang extreme seperti makanan yang tidak biasa dimakan oleh masyarakat kita? Ada berani tak nak cuba? Jom tengok list ni:
1. BALUT (Filipina)
Merupakan telur itik yang masih jelas kelihatan embrio yang hampir sempurna bentuknya. Memiliki protein yang tinggi.
2. CASU MARZU (ITALIA)
Di dalam keju ini terdapat ribuan ‘berenga’ (telur lalat), Berenga memekan keju itu dan menghasilkan enzim yang mengakibatkan keju itu membusuk. Harus dimakan ketika berenga masih hidup.
3. DUONG DUA (VIETNAM)
Sejenis ulat pohon kelapa yang bernama Duong Dua. Mengandungi protein yang tinggi.
4. SURSTROMMING (SWEDEN)
Makanan ini dibuat daripada ikan herring baltik mentah yang kemudiannya difermentasikan. Merupakan makanan yang paling busuk di dunia.
5. HUITLACOCHE (MEXICO)
Diperbuat daripada jamur jenis Ustilago Maydis yang tumbuh pada jagung. Sejenis penyakit tanaman tetapi tidak untuk Huitacoche.
6. TIET CANH (VIETNAM)
Merupakan salah satu makanan yang diperbuat daripada sup darah mentah seperti itik, angsa dan babi. Dikatakan boleh mencegah anemia.
7. THIT CHUOT (VIETNAM)
Makanan yang memang extrem ini diperbuat daripada tikus sawah yang akan dipanggang diatas bara api. Rasanya seperti daging ayam.
8. TARANTULA GORENG (KEMBOJA)
Tarantula ini adalah dalam kategori yang boleh dimakan. Terkenal sebagai makanan ringgan dan ditambahkan dengan gula, garam dan bawang.
9. BLACK PUDING (IRELAND)
Bukan la pudding yang kita biasa makan tu, ianya diperbuat daripada darah babi, lemak babi dan oatmeal kemudian digorengnya.
10. HAGGIS (SCOTLAND)
Diperbuat daripada ‘internal organ’ haiwan seperti hati dan paru paru. Kemudian dicampur oatmeal, bawang dan dibungkus bumbu.
Rujukan
Oleh: Khalie Azmi