Majikan Kumpulkan 900 Pekerja Dalam Mesyuarat Zoom Hanya Untuk Pecat Mereka

Seorang majikan syarikat kewangan digital menjadi terkenal secara mendadak di internet selepas tindakannya yang memecat hampir seribu pekerja hanya melalui mesyuarat dalam talian di Zoom.

majikan kumpulkan 900 pecat dalam mesyuarat zoom hanya untuk pecat mereka

Lelaki yang dikenali sebagai Vishal Garg itu mengumpulkan 900 pekerjanya untuk bertemu dalam mesyuarat Zoom dan kemudian memecat mereka dengan alasan mereka telah mencuri daripada syarikat terbabit.

“Saya mengumpulkan anda semua kerana tidak mahu berkongsi berita baik. Pasaran telah berubah, dan untuk terus bertahan kita perlu bergerak seiringnya,” katanya pada permulaan mesyuarat.

“Jika anda berada dalam mesyuarat ini, bermakna anda adalah golongan kurang bernasib baik yang akan dipecat,” katanya.

Selepas memecat pekerjanya, Vishal dilaporkan segera mengambil cuti manakala pengurusan syarikat lain mengambil masa untuk mengkaji budaya kepimpinan dalam syarikat itu.

Sementara itu, pegawai tertinggi syarikat itu telah meminta pekerja yang tinggal untuk memberi tumpuan kepada pengguna dan menyokong satu sama lain dalam membina sebuah syarikat yang kukuh dan membanggakan.

Kenyataan ini dibuat selepas Vishal Garg menghantar surat permohonan maaf kepada pekerja yang masih tinggal di syarikat itu.

“Saya gagal untuk menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada mereka yang terjejas dan sumbangan mereka kepada (syarikat). Saya yang memutuskan untuk memecatnya, tetapi saya salah dalam melaksanakannya. Oleh itu, saya memalukan anda,” kata Vishal.

 

Sumber: [1]