Sering kali kita terlihat perkongsian mengenai seseorang yang menjamu selera di hotel atau di tempat-tempat mahal dan ada kalanya dikenakan dengan bayaran seakan tidak masuk akal yang tular di sosial media.
Namun lain pula untuk seorang pemuda bernama Hananda di Indonesia ini yang berkongsi mengenai pengalaman mengejutkan ketika menjamu selera di sebuah gerai tepi jalan yang terletak di daerah Tawangmangu, Jawa Tengah.
Dalam satu video yang dimuat naiknya di Tik Tok menerusi akaun @/hanandapradita, pemuda tersebut berkongsi menu makanan yang sepertinya tidak masuk akal, misalnya nasi putih yang dijual dengan harga 5 juta rupiah (RM1,436).
Bagaimanapun, bukan sahaja nasi putih yang dijual di gerai tersebut yang menangkap perhatian gara-gara harga jutaan rupiah itu.
Harga makanan lain yang tersedia dalam menu gerai itu juga nampaknya dicetak dengan angka sifar yang melebih-lebih.
Walaupun angka yang dinyatakan di menu itu bermungkinan kerana isu salah cetak, namun ternyata, perkara tersebut membuatkan Hananda dan sebilangan rakannya yang ingin makan di gerai tersebut berfikir dua kali untuk memesan makanan akibat ‘terkejut’ dengan harga-harga itu.
Sumber: [1]