Baru-baru ini, tular mengenai kisah seorang profesor biologi pemuliharaan di University of Cambridge, Bill Sutherland, yang berkongsi pengalamannya mencuba memasak resipi Mesopotamia, yang wujud sekitar zaman SM.
Menerusi perkongsian Bill Sutherland di Twitter, beliau mengatakan beberapa resipi yang berasal dari zaman itu mempunyai rasa yang cukup enak dan memiliki tekstur yang cerah apabila selesai menjadi hidangan.
Menurutnya, koleksi resipi itu diambil daripada tablet Mesopotamia kuno yang dianggarkan berusia 3770 tahun.
Salah satu resipi tersebut bernama ‘Stew of Lamb’ yang disediakan dengan menggunakan bahan-bahan seperti daging kambing atau domba.
“Rebus domba. Sederhana dan enak. Hancurkan dalam beberapa kek nipis, yang menghasilkan sos yang kaya rasa. Topping daun bawang dan bawang putih yang dihancurkan memberikan rasa yang tajam 2/6,” jelasnya.
Selain rebusan domba, dia turut mendedahkan terdapat resipi lain yang dikenali sebagai Tuh’u.
Hidangan tersebut dibuat daripada daging lembu yang dihiris pada bahagian kaki.
“Tuh’u. Sepertinya kelihatan menakjubkan dan penuh rasa. Saya rasa saya harus memasak ia lebih lama sedikit untuk menghancurkan lebih banyak,” tulis Bill.
Sumber: [1]