Lelaki Kahwin Cerai Untuk Tuntut ‘Paid Leaves’

Kita selalu mendengar mengenai kisah pasangan yang kahwin, cerai dan kemudiannya bersatu semula.

lelaki kahwin cerai untuk tuntut ‘paid leaves’

Namun terdapat satu kejadian aneh yang berlaku di Taiwan yang mana seorang lelaki dilaporkan berkahwin dengan pasangan yang sama sebanyak empat kali dan bercerai tiga kali.

Lebih mengejutkan, ia berlaku hanya dalam tempoh 37 hari!

Alasan yang diberikan di sebalik tindakan pelik itu juga adalah sesuatu yang belum pernah didengari sesiapa lagi sebelum ini.

Menurut satu catatan Facebook hasil perkongsian peguam terbabit, lelaki yang bekerja sebagai kerani bank itu mendaftar perkahwinan pada 6 April yang mana dia mengambil cuti selama lapan hari iaitu dari 7 hingga 16 April.

Lelaki itu kemudian menceraikan isterinya dan mendaftar untuk perkahwinan baru dengan wanita yang sama pada 17 April.

Setelah mengambil cuti perkahwinan selama lapan hari lagi, kerani itu kembali bercerai pada 28 April dan berkahwin lagi pada 29 April.

Perceraian ketiga berlaku pada 11 Mei yang mana pasangan tersebut kembali berkahwin untuk kali keempat pada 12 Mei.

Sekiranya anda rasa itu merupakan sesuatu yang tidak masuk akal, ada perkara lain lagi yang dibuat lelaki tersebut.

Lebih menggilakan, lelaki tersebut turut membuat aduan kepada Biro Tenaga Kerja Kota Taipei yang mendenda bank tempatnya bekerja sebanyak NT$ 20,000 (RM 2,919) kerana tidak membayar cuti keempat-empat perkahwinan.

Bank tersebut dikatakan hanya membayar cuti untuk perkahwinan pertama kerani tersebut.

Bank tersebut kemudiannya mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut yang mengatakan bahawa cuti tersebut tidak mematuhi Undang-Undang Standard Buruh.

Pesuruhjaya Seksyen Piawaian Pekerja Biro Tenaga Kerja Huang Jingang walaupun bersetuju bahawa amalan lelaki itu tidak masuk akal, tetapi mengatakan tidak ada peruntukan dalam Undang-Undang Standard Buruh bahawa seseorang itu tidak boleh menikahi orang yang sama untuk mendapatkan cuti.

 

Sumber: [1]