Seorang lelaki dari Ho Chi Minh, Vietnam dilaporkan menjalani pembedahan plastik akibat diberitahu dirinya tidak akan pernah berupaya untuk mendapatkan pekerjaan dengan wajah yang jelek.
Menerusi entri di Tik Tok, Đỗ Quyền, 26, mendedahkan foto perbandingan sebelum dan selepas melakukan pembedahan plastik pada wajahnya itu.
Menurut media Vietnam, lelaki itu melakukan sembilan pembedahan pada wajahnya merangkumi bahagian mata, hidung, gigi dan bibirnya.
Đỗ juga dilaporkan telah berhabis kira-kira 400 juta dong, iaitu kira-kira RM 71, 286.28 untuk proses pembedahan plastik terbabit.
Terangnya, “Saya diejek dan dihina kerana memiliki wajah yang tidak menarik. Saya bertekad untuk tidak membiarkan hal itu terjadi lagi.”
Selain itu, dia turut mengakui bahawa pertama kali pulang dengan penampilan terbarunya, ibu bapanya tidak mengenali dia lalu menyebabkan dirinya berasa sedikit sedih terhadap reaksi tersebut.
Đỗ berkeputusan untuk menceritakan mengenai kisahnya di media sosial agar dapat memberi dorongan kepada orang muda yang melalui pengalaman serupa dengannya agar tidak mudah terasa dengan kata-kata orang mengenai rupa paras seseorang.
Sumber: Allkpop