Seorang lelaki dari Indonesia menamakan bayinya sempena jabatan tempat dia bekerja.
Slamet “Yoga” Wahyudi, 38, yang berasal dari Jawa Tengah memilih nama “Dinas Komunikasi Informatika Statistik” untuk anaknya setelah berjaya meyakinkan isterinya agar membiarkannya memberi nama bayi mereka sekiranya mereka menimang cahaya mata lelaki.
Jika diterjemahkan, nama bermaksud Jabatan Komunikasi, Informasi dan Statistik, mewakili bahagian perkhidmatan awam yang Wahyudi telah bekerja selama 17 tahun.
Akuinya sendiri, nama tersebut terdengar aneh pada mulanya namun dia dan isteri sedikit pun tidak keberatan untuk menamakan bayi mereka dengan nama itu, walaupun terdapat kawan-kawan dan keluarga yang telah menyuarakan perasaan bercampur-baur mereka terhadap nama itu.
Namun, nasib baik untuk bayi tersebut, Wahyudi juga menyiapkan versi ringkas pada nama depannya iaitu Dinko, walaupun nama tersebut masih kedengaran sedikit asing berbanding nama-nama kebanyakan anak lelaki lain.
Seperti mana Wahyudi telah mengabdikan dirinya kepada tempat kerja hampir dua dekad, dia juga berharap agar anak lelaki yang baru lahir itu setia kepada keluarganya sendiri.
Sumber: [1]