Lelaki Dakwa Dirinya Pengembara Masa, Kononnya Dunia Akan 'Hancur' Pada Tahun 5000

Sering kali kita terdengar beberapa versi mengenai cerita mereka yang mendakwa pernah mengembara melalui masa.

lelaki dakwa dirinya pengembara masa, punya bukti dunia akan 'hancur' pada tahun 5000

Baru-baru ini, tular pula kisah berkenaan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai seorang pengembara masa dari tahun 5000 mengatakan dia mempunyai bukti bahawa dunia kononnya akan ‘hancur’ pada waktu itu.

Memetik laporan The Sun, menerusi satu temu ramah rahsia yang diadakan bersama saluran YouTube ApexTV, lelaki yang hanya dikenali sebagai nama samaran Edward berkata dia mempunyai bukti berupa foto yang menunjukkan bandar Los Angeles di Amerika Syarikat tenggelam dalam air.

Tambah lelaki itu lagi yang tidak mendedahkan wajahnya, dia akui bahawa dirinya terlibat dalam satu eksperimen rahsia yang dijalankan pada 2004 dan bahawasanya perjalanannya merentas waktu itu bermula apabila dia duduk di suatu tempat yang dikenali sebagai Armenia.

Menurutnya lagi, dia pernah bekerja di sebuah makmal yang terletak di Los Angeles, dan menjelaskan yang dia ditugaskan untuk mengembara ke masa hadapan untuk mengambil bukti foto.

Dalam video terbabit, Edward berkata, “Saya akan menceritakan kisah yang membuat anda kagum sehingga berasa terkejut.”

Dia kemudian mengeluarkan sekeping foto dari jaketnya dan mendakwa bahawa foto tersebut ialah bandar Los Angeles yang ditelenggami air.

Dia turut mendakwa bahawa dia pernah berkomunikasi dengan penduduk dari masa hadapan yang tinggal di bandar terbabit. Menurut mereka, banjir tersebut berlaku akibat pemanasan global.

Bagaimanapun, sejauh mana kebenaran yang diperkatakan lelaki tersebut, tidak dapat disahihkan. Tambahan lagi, ia melibatkan mengenai isu pengembaraan masa yang sering kali hangat diperdebatkan orang ramai mengenai kewujudan dan keberlakuannya.

Sehubungan dengan itu, terdahulu, The Sun juga pernah melaporkan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya dari 2030, dan membuat beberapa ramalan mengejutkan. Antara ramalan yang dibuatnya termasuklah teknologi AI dan realiti virtual selain tenaga yang boleh diperbaharui bakal menjadi popular.

Paling mengejutkan, lelaki yang sama itu lulus ujian pengesan pembohongan dan meminta agar identitinya tidak didedahkan kerana ia berupaya membahayakan dirinya.

Apa pendapat korang mengenai ‘time travel’? Sejauh mana pulakah kebenaran yang diperkatakan oleh mereka yang mendakwa diri sebagai pengembara masa?

 

Sumber: [1]