Lelaki Berkahwin Kali Ke-37, Disaksikan 28 Isteri, 35 Anak & 126 Cucu

Baru-baru ini tular satu video yang memperlihatkan seorang lelaki berusia berkahwin dengan isteri baru.

 

 

Video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun @rupin1992 di Twitter pada 6 Jun 2021.

Namun yang paling menangkap perhatian warganet mengenai pernikahan itu adalah lelaki terbabit yang berkahwin untuk kali ke-37 yang mana pernikahan tersebut disaksikan oleh 28 isteri, 135 anak dan 126 cucunya.

Rata-ratanya kebanyakan warganet berasa terkejut melihat kejadian itu manakala ada juga antara mereka yang mengulas ekspresi pengantin perempuan yang seolah-olah kelihatan suram dan tidak gembira.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang diketahui mengenai pernikahan itu.

 

Sumber: [1]