Lelaki Belanja RM4000 Untuk Pasang Gading Pada Gigi

lelaki belanja rm4000 untuk pasang gading pada gigi

Betul lah cantik tu subjektif. Sebab itu ada orang yang sanggup melakukan macam-macam untuk tampil cantik dan berbeza.

Seperti seorang lelaki berusia 41 tahun dari Iguatemi ni. Dikenali dengan nama Orc dan dia telah membelanjakan £400 untuk menambah gading pada giginya.

Bukan itu sahaja, Orc juga telah melakukan belahan pada lidah dan mempunyai lapan tindikan.

Menurut Orc, keluarganya tidak suka dengan penampilan peliknya tetapi dia suka dengan perkara itu dan menganggap sebagai salah satu cara untuk mengeskperasikan dirinya.

“Saya cuba menjadi diri sendiri dan ini semua adalah idea saya. Inspirasi saya datang dari hati saya sendiri” Kata Orc.

Korang rasa macam mana?

Sumber: METRO