Seorang lelaki bernama Anthony Cooper berjaya menyelamatkan dirinya daripada ditipu scammer yang kononnya ingin membeli barangan yang dijualnya dalam talian.
Semuanya bermula apabila Anthony meletakkan telefon bimbit terpakainya keluaran salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia, yang boleh dikatakan masih berada dalam kondisi baru dengan harga £ 550 (RM 3,140) untuk dijual di laman Facebook.
Tidak lama selepas itu, dia dihubungi seseorang yang berminat untuk membeli telefon bimbit tersebut yang mana penghubung tersebut mendakwa dirinya ialah anak perempuan seorang pesara tua.
Mereka kemudiannya berhubung menerusi pesanan teks di WhatsApp namun dari situ Anthony mula berasa curiga.
Hasil carian Google juga menunjukkan bahawa nombor telefon yang dihubungi Anthony itu sebenarnya pernah dikaitkan dengan sejumlah penipuan di Facebook yang lain.
Menurut Anthony juga, scammer tersebut sempat membuat ‘transaksi’ kepada akaun bank Anthony yang mana tiada wang yang diterima melainkan dia yang terpaksa membayar sejumlah wang dalam talian menerusi pembelian baucer palsu.
Tapi Anthony tidak cepat melatah.
Sebaliknya dia membuat ‘rancangan balas dendam’ yang licik untuk mengenakan semula scammer tersebut dengan cara sinis.
Apa yang dibuatnya ialah, dia menghantar uncang teh berserta dua keping biskut krim kastard agar scammer tersebut dapat menikmati minum petang mereka sambil ‘merenungkan’ kembali mengenai pilihan hidup mereka.
Bungkusan yang seolah-olah mengandungi telefon bimbit itu sebenarnya berisi barangan lain.
Anthony turut meninggalkan nota di dalamnya yang berbunyi: “Ini uncang teh. Minumlah, saya belanja. Saya juga menyiarkannya di seluruh Facebook untuk menjadikan anda terkenal.”
Telefon bimbit itu diiklankan di satu grup Facebook pada harga yang boleh dikatakan separuh daripada nilai asalnya.
Anthony berharap agar perkara yang terjadi padanya itu dapat menimbulkan kesedaran orang ramai terhadap kejadian scam dalam talian dan mencegah orang lain daripada menjadi mangsa penipuan yang sama.
Sumber: [1]