Komik ‘Rare’ Superman Dijual Pada RM13 Juta!

Percaya atau tidak, edisi komik superhero yang menampilkan Superman buat julung kalinya kini dilelong pada harga $3.25 juta iaitu bersama dengan RM13, 442, 000!

komik ‘rare’ superman dijual pada rm13 juta!

Komik berjudul Action Comics isu pertama itu pertama kali diterbitkan pada 1938. Ia dijual pada harga 10 sen ketika dikeluarkan.

Komik tersebut juga difahamkan menceritakan kisah asal-usul Superman serta dianggap sebagai permulaan genre superhero. Ia juga menerangkan tentang bagaimana Superman datang ke bumi dari planet lain dan kemudian menjalani kehidupannya sebagai Clark Kent.

Apa yang membuatkan komik tersebut lagi rare ialah ia yang dikatakan hanya mempunyai sekitar 100 salinan di serata dunia sekali gus membuatkan nilai komik vintage itu makin melambung-lambung!

Sanggupkah anda membelanjakan wang sebanyak jutaan ringgit demi mendapatkan sesuatu koleksi yang diidamkan-idamkan?

Terdahulu, salinan terbitan lain isu tersebut juga pernah dijual pada harga $3.2 juta (RM13, 235, 200) di eBay pada 2014.

 

Sumber: [1