Kisah Unik Lelaki Bernama Kovid Yang Alami Kejadian Tak Terduga Sejak COVID-19

Seorang lelaki bernama Kovid Kapoor mencuri perhatian orang ramai di Twitter selepas berkongsi beberapa pengalaman lucunya.

kisah unik lelaki bernama kovid yang alami kejadian tak terduga sejak covid-19

Salah satu tweet Kovid baru-baru ini menjadi tular apabila dia memperincikan pengalamannya melancong ke luar India buat kali pertama sejak wabak itu bermula.

“Pergi ke luar India buat kali pertama sejak COVID dan membuat ramai orang terhibur dengan nama saya. Perjalanan ke luar negara akan datang pasti menyeronokkan!”

Dalam tweetnya, Kovid juga menjelaskan bahawa asal usul namanya berasal dari puisi Hanuman Chalisa yang mana nama tersebut membawa maksud ulama dan orang yang berilmu.

“Yang dahulunya nama yang cantik! Tetapi kini ia mempunyai dimensi yang sama sekali berbeza,” kata Kovid.

Kovid, yang tinggal di Bangalore, juga menjalankan platform perjalanan terbesar di India yang dikenali sebagai Holidify.

Dia mendapati kerjanya agak ironi memandangkan dia kini harus menjadi Kovid yang mempromosikan perjalanan.

Selepas bebenang itu menjadi tular, Kovid terus berkongsi beberapa insiden berkaitan nama lucu yang telah berlaku kepadanya sejak dua tahun lalu.

Salah satunya ialah kek untuk hari jadinya yang ke-30.

“Untuk hari jadi saya yang ke-30, kawan-kawan saya menempah kek dan (kedai pastri tersebut) secara automatik menganggap ia semacam jenaka, dan ia sepatutnya dieja C dan bukannya K,” katanya.

Tidak terhenti di situ, Google juga menyangka lelaki dari India itu telah tersilap mengeja namanya dalam Gmailnya sendiri.

Ramai rakan Kovid turut tidak terlepas daripada membuat jenaka mengenai namanya itu.

Selain interaksi lucu yang dia lakukan dengan orang lain kerana namanya, terdapat juga beberapa meme yang dicipta dengan menggunakan namanya daripada ramai pengguna Twitter lain.

 

Sumber: [1]