'Kembar' Elon Musk Ditemui Di China

Seorang lelaki di China menjadi tular selepas dikatakan pelanduk dua serupa yang menyerupai manusia terkaya di dunia, iaitu Elon Mask.

'kembar' elon musk ditemui di china

Foto lelaki yang kelihatan seperti pengasas Tesla dan SpaceX itu dimuat naik oleh seorang saksi di Facebook.

Lelaki itu dirakamkan oleh individu yang lalu lalang di kawasan sekitar ketika dia sedang menaiki Tesla miliknya.

Lebih mengujakan, dia turut meniru ekspresi Elon Musk dalam video tersebut.

Selepas berbalas perbualan bersama perakam video itu, lekaki tersebut memasuki kereta elektrik miliknya dan memandu pergi.

Video itu kemudian tular di serata media sosial yang mana ramai hampir tidak mempercayai persamaan sebegitu wujud dalam dunia nyata.

 

Sumber: [1]