Keluarga Terkejut Jumpa Permainan Arked Gergasi Di Bawah Karpet

Siapa sahaja yang tidak sukakan permainan arked?

Nak nak lagi, permainan tersebut juga seolah-olah sudah sinonim dengan golongan keluarga yang sering menggunakannya untuk mengisi masa terluang bersama.

Namun, sesuatu yang mengejutkan terjadi pada satu keluarga di London.

keluarga terkejut jumpa permainan arked gergasi di bawah karpet

Sepasang pasangan suami isteri menemui papan Monopoli yang besar ketika merobek karpet di rumah baru mereka.

Menantu mereka kemudiannya berkongsi gambar papan arked itu ke satu laman perkongsian dalam talian popular sambil menjelaskan, “Sambil merobek karpet mereka, mertua saya menjumpai papan monopoli gergasi.”

Tambahnya lagi, dia kini cuba untuk meyakinkan pasangan mentuanya itu untuk menutup papan arked gergasi itu dengan menggunakan epoksi.

Sejak perkongsian tersebut dimuat naik, ia telah mengumpulkan ribuan komen dengan ramai warganet berkongsi kisah mereka menemui reka bentuk yang serupa di ruangan komen.

Korang pernah terjumpa papan arked gergasi macam ni?

 

Sumber: [1]