Kelaparan, Gajah Ini Tembus Dinding Rumah Penduduk Kerana Ingin Cari Makanan

Seekor gajah di Thailand mengejutkan penduduk setempat apabila ia memecah dinding dapur rumah seorang penduduk di Wilayah Hua Hin. Haiwan itu dikatakan kelaparan ketika ia berbuat demikian dan berusaha menerobos rumah terbabit untuk mencari makanan.

kelaparan, gajah ini tembus dinding rumah penduduk kerana ingin cari makanan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook oleh pemilik rumah tersebut yang merupakan seorang lelaki muda, dia berkongsi bahawa kawasan perumahannya itu sememangnya sering menjadi kunjungan gajah liar untuk mencari makanan.

Bagaimanapun, kejadian yang terjadi di rumahnya sendiri ketika hujung minggu itu ternyata merupakan satu saat yang menakutkan baginya yang mana seekor gajah dewasa ditemui melekatkan kepalanya di dinding dapur kerana ingin mencari makanan.

kelaparan, gajah ini tembus dinding rumah penduduk kerana ingin cari makanan

Tambahnya lagi, memang gajah tersebut akan datang ke rumahnya pada setiap hari untuk mencari makanan, namun, pada kali itu, gajah itu menerobos masuk ke rumahnya hingga meninggalkan kesan lubang besar pada dinding dapurnya.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial itu, gajah itu dapat dilihat sedang menggegarkan salah satu rak dapur menggunakan belalainya sebelum meraih beg yang kelihatan seperti beg plastik dan memasukkannya ke dalam mulutnya.

Susulan kejadian itu, Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemeliharaan Tumbuhan serta agensi kerajaan lain di negara tersebut bertindak membincangkan pampasan kepada Rachadawan atas kerosakan yang terjadi itu.

Menurut mereka, “Agensi kerajaan akan membaiki rumah mangsa secepat mungkin,” sambil menambah bahawa pegawai terlibat telah memberi kesedaran berkaitan langkah-langkah untuk mencegah bahaya terhadap penduduk kampung daripada hidupan liar itu.

 

Sumber: [1]