Kecoh Bau Badan Wanita Di Vietnam Ini Seolah Minyak Wangi Dan Semakin Wangi Ketika Bulan Purnama

Dua orang wanita dari Vietnam menjadi bahan berita gara-gara bau badan mereka.

kecoh bau badan wanita di vietnam ini seolah minyak wangi dan semakin wangi ketika bulan purnama

Boleh dikatakan mereka memiliki ‘super power’ unik berkaitan bau badan kerana tidak semua orang memilikinya.

Lagi menarik, ia bukan bau yang kurang menyenangkan, sebaliknya kedua-dua mereka mengeluarkan bau seperti minyak wangi.

Dang Thi Tuoi merupakan seorang tukang jahit dari Wilayah Soc Trang yang baru-baru ini menjadi tular kerana mengeluarkan bau yang unik apabila kulit digosok.

Memetik laporan Oddity Central, baunya seakan-akan minyak wangi kerana ia berbau bunga sehingga ada yang menggambarkan bau tersebut sebagai minyak wangi semula jadi dari badan.

Dang berkata dia mula menemui kebolehan istimewa ini beberapa tahun lalu iaitu ketika dia menggosok-gosok badannya setelah penat seharian, yang mana dia menemui aroma yang harum itu.

Dang akhirnya sedar bahawa bau itu datang dari badannya sendiri.

“Pada siang hari jika anda ingin menghidunya anda perlu menggosoknya dengan tangan anda tetapi pada waktu malam orang di sekeliling saya masih dapat menghidu bau yang terpancar dari badan saya walaupun saya duduk beberapa meter dari mereka,” katanya.

Wanita itu juga menjelaskan bahawa beberapa bahagian tubuhnya mengeluarkan bau yang lebih kuat berbanding bahagian lain.

Bagaimanapun, dia juga dikatakan paling berbau wangi ketika bulan purnama atau pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Namun, Dang Thi Tuoi bukanlah satu-satunya wanita Vietnam yang boleh mengeluarkan wangian dari tubuhnya.

Seorang wanita bernama Dung dari Wilayah Kien Giang juga dikatakan memiliki bau yang sama yang mana dia dikatakan mempunyai kebolehan itu lebih lama daripada Dang.

Tetapi selama ini dia tidak pernah memberitahu sesiapa sehinggalah Dang menjadi tular di media sosial.

 

Sumber: [1]