Kanak-Kanak Mati Dibunuh Akibat Ritual Pemujaan

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun menemui maut di Argentina, dipercayai disebabkan ibu dan bapa tiri yang menggunakannya dalam satu ritual pemujaan syaitan.

Menerusi satu laporan media tempatan, kanak-kanak tersebut dikatakan dicucuk dengan beberapa jarum di bahagian dadanya berdekatan organ jantung dan paru-paru.

Sebatang jarum berukuran 10 sentimenter yang kebiasaannya digunakan untuk menjahit kasut ditemui pada bahagian jantung mangsa manakala sebatang jarum lain ditemui pada bahagian dalam badan kanak-kanak tersebut yang seterusnya dipercayai menjadi punca kepada berlakunya jangkitan terbabit.

Kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital dekat Quitilipi, Argentina setelah mengalami jangkitan di beberapa organ sekali gus menjadi penyebab kanak-kanak terbabit mengalami serangan jantung.

Difahamkan bahawa ibu kandung dan bapa tiri mangsa berusia 20 tahun dan 19 tahun masing-masing.

Pasangan muda itu dikatakan cuba melarikan diri namun tidak berjaya setelah ditahan polis di pinggir perkampungan yang didiami mereka.

Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa punca terjadinya kejadian tersebut berkait rapat dengan aktiviti ritual pemujaan.

 

Sumber: [1]