J-Hope BTS Terima Hadiah Berus Tandas Emas Bernilai RM1,000 Daripada Jin

Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-29, anggota kumpulan BTS, iaitu J-Hope menerima hadiah ‘istimewa’ daripada rakan sekumpulannya, Jin yang berupa berus tandas emas.

j-hope bts terima hadiah berus tandas emas bernilai rm1,000 daripada jin

Berus tandas hiasan tersebut adalah daripada jenama aksesori mewah Itali, Alessi yang bernilai €250 (RM1,190), dan direka oleh pereka industri terkenal, Stefano Giovannoni serta hanya mempunyai 999 seumpamanya di dunia.

Menerusi beberapa catatan media sosial, J-Hope atau nama sebenarnya, Jung Ho Seok mengucapkan terima kasih kepada Jin atas hadiah unik itu.

Turut tidak ketinggalan, para peminat BTS yang dikenali sebagai ARMY cukup terhibur melihat pilihan hadiah yang ‘luar biasa’ itu.

“Apa yang awak dapat wahai lelaki yang mempunyai segala-galanya? Berus tandas emas sudah tentu,” kata seorang peminat.


Sumber: [1]