Gagal Jawab Soalan Matematik, Pengantin Lelaki Ditinggalkan

Tahu tak, pada tahun 2015 seorang bakal pengantin perempuan di India telah meninggalkan majlis perkahwinannya selepas pengantin lelaki gagal menjawab soalan matematik yang mudah.

gagal jawab soalan matematik, pengantin lelaki ditinggalkan

Foto: Freepik

Menurut sumber, kejadian ini dikatakan berlaku di Rasoolabad, bandar industri Kanpur, Uttar Pradesh.

Insiden ini turut melibatkan polis tempatan yang bertindak sebagai perantara dua keluarga tersebut. 

Difahamkan, keluarga pengantin lelaki telah menyembunyikan maklumat tentang pendidikannya yang teruk.

Malangnya, ketika ditanya pengantin perempuan, “15+6”, pengantin lelaki menjawab “17”.

Berang ditipu, pengantin perempuan meninggalkan majis tersebut dan membatalkan majlis perkahwinan itu.