Ini bukan kes pertama yang melibatkan wanita menangis keluar air mata kristal. Kes pertama berlaku di Brazil.
Laura Ponce mengalami keadaan ganjil yang menyebabkan dia menangis air mata kristal. Katanya, pada peringkat awal, air matanya lembut tetapi menjadi keras apabila terdedah kepada udara dan sangat menyakitkan.
Kes yang terbaru pula berlaku di Spandaryan di Armenia. Menurut Metro UK, gadis ini menitiskan sehingga 50 air mata berbentuk kristal setiap hari. Keadaan ini menyebabkan Satenik Kazaryan, 22, mengalami kesakitan yang luar biasa.
Difahamkan, pada awalnya ubat-ubatan dapat membantu namun kini air mata tersebut semakin kerap pula keluar.
Pakar-pakar telah menghantar kristal tersebut untuk dianalisis tetapi sehingga kini jenis penyakit itu belum dikenal pasti.