Seorang lelaki di Lithuania terpaksa menjalani pembedahan selepas dia mengalami sakit perut yang teruk.
Tetapi, ketika mengambil x-ray, ternyata lain masalah kesihatan yang dihidapinya.
Doktor mendapati banyak kepingan logam di dalam perutnya.
Setelah ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan, lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya itu diketahui menelan kepingan logam itu sendiri selepas dia berhenti mengambil minuman alkohol sejak sebulan lalu.
Secara keseluruhannya, kira-kira satu kilogram paku dan skru di dalam perut lelaki tersebut dengan sebilangan kepingan logam dikatakan berukuran hingga 10 sentimeter.
“Selama pembedahan tiga jam dengan kawalan sinar-X, semua benda asing, bahkan yang paling kecil, di perut pesakit berjaya dikeluarkan,” kata pakar bedah Sarunas Dailidenas seperti mana yang dilaporkan The Guardian.
Pihak hospital turut menunjukkan foto dulang pembedahan yang mempelihatkan timbunan paku dan skru yang dikeluarkan dari perut pesakit.
“Kami tidak pernah kejadian sebegini,” kata Algirdas Slepavicius, ketua pakar bedah di Hospital Klaipeda, kepada media tempatan.
Sumber: [1]