Disangka Perkataan Moden, ‘OMG’ Sebenarnya Perkataan Kuno

Lazim sekali kita melihat perkataan ‘OMG’ digunakan ramai, terutamanya dalam kalangan gadis remaja, tidak ketinggalan selebriti popular.

disangka perkataan moden, ‘omg’ sebenarnya perkataan kuno

Namun, perkataan yang dianggap slang internet trendy itu sebenarnya telah pun digunakan lebih daripada seabad lalu.

Individu pertama yang dikatakan menggunakan perkataan ‘OMG’ ialah Laksamana Armada Britain, John Arbuthnot Fisher, atau lebih dikenali sebagai Lord Fisher.

Perkara tersebut diketahui menerusi penemuan sejarah yang berupa surat Laksamana Fisher kepada Winston Churchill, iaitu Perdana Menteri Waktu Perang yang ditulis pada 1917.

Dalam surat tersebut, Lord Fisher menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap beberapa tajuk utama surat khabar mengenai Perang Dunia Pertama.

Tulisnya, “‘I hear that a new order of Knighthood is on the tapis — O.M.G (Oh! My! God!) (Saya mendengar bahawa pesanan baru Knighthood ada di tapis – O.M.G (Oh! Ya Tuhan!).”

Pada 2011, Kamus Bahasa Inggeris Oxford menambah perkataan singkatan ‘Oh My God’ ke dalam senarai perkataan mereka.

Menurut Urban Dictionary, perkataan ‘oh my god’ digunakan untuk menggambarkan kejutan, kegembiraan serta rasa malu dan jengkel.

Ungkapan yang diduga berasal dari ruang sembang dalam talian itu sering digunakan dalam permainan video dalam talian dan mesej teks.

disangka perkataan moden, ‘omg’ sebenarnya perkataan kuno

Namun siapa sangka, individu pertama yang sebenarnya telah pun menggunakan perkataan tersebut terlebih dahulu ialah Lord Fisher, yang merupakan salah seorang pegawai paling terkenal dalam sejarah Tentera Laut Diraja.

Lord Fisher memulakan kerjayanya ketika Perang Krimea yang berlaku dari Oktober 1853 hingga Mac 1856.

Beliau menamatkan kariernya ketika Perang Dunia Pertama.

Sepanjang kariernya, beliau pernah mencipta sejarah dengan memperkenalkan Dreadnought, kapal perang pertama yang besar di dunia.

Namun, beliau kemudiannya mengundurkan diri sebagai First Sea Lord pada 1915 setelah berlaku perselisihan antaranya dengan Winston Churchill atas komitmen terhadap ekspedisi Dardanelles.

Walaubagaimanapun, OMG bukanlah frasa moden pertama yang nampaknya punya laluan bersejarah yang mengejutkan.

Hal ini kerana, akronim lain yang sama popular, LOL, pertama kali digunakan pada 1960.

Perkataan LOL yang sering kali dikaitkan dengan maksud ‘ketawa terbahak-bahak’ sebenarnya pernah membawa maksud asal, ‘Little Old Lady’.

 

Sumber: Churchill