Kat Sungai Ni Pelancong Memancing Plastik Bukan Ikan

Umumnya orang ramai memancing untuk mendapatkan ikan. Tapi lain pula ceritanya di Amsterdam.

Terdapat sebuah sungai di bandar itu yang menawarkan perkhidmatan memancing plastik di atas bot kecil. Pelik tak?

kat sungai ini pelancong memancing plastik bukan ikan

Menurut sumber, kaedah ini dilihat sebagai satu cara bagi memastikan sungai mereka bersih dari sampah dan paling penting adalah untuk menjaga kelestarian alam sekitar.

Pelancong akan diberi sarung tangan tebal dan alat memancing ketika melakukan aktiviti ini.

Botol plastik akan diasingkan dari sisa buangan dan kemudian dikitar semula. Pada tahun 2018, perkapalan Whale Plastic, yang juga beroperasi di bandar pelabuhan Rotterdam berjaya menarik 12,000 pengunjung dan tahun ini mereka mengharapkan lebih ramai pelancong akan menyertai aktiviti tersebut.

Difahamkan, terdapat juga beberapa pelancong dari luar yang menyertai aktiviti ini buat kali kedua. Katanya, aktiviti seperti ini sangat bermanfaat dan mereka sangat seronok melakukan ativiti berkenaan. 

Masyarat perlu bersama mebbantu dalam menjaga alam sekitar. Terbaiklah syarikat Plastic Whale!

Sumber