Demi Lindungi Keluarga, Pemuda Kuarantin Kendiri Di Atas Pokok

Kerana ruang di rumah yang terbatas, seorang pemuda dari Telangana, India yang bernama Shiva tidak mempunyai pilihan dan terpaksa memilih untuk tinggal di sebatang pokok.

demi lindungi keluarga, pemuda kuarantin kendiri di atas pokok

Semuanya bermula apabila Shiva yang melanjutkan pengajian pasca siswazah di Hyderabad memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya untuk sementara waktu.

Namun, kerana itu juga, Shiva kemudian terpaksa menjalani kuarantin kendiri kerana khuatir berupaya menyebarkan virus tersebut pada keluarganya.

Ruang kecil di rumahnya memustahilkannya untuk menjalani kuarantin akhirnya menyebabkan dia tercetus idea untuk membina sebuah bangsal di sebatang pokok.

demi lindungi keluarga, pemuda kuarantin kendiri di atas pokok

Lebih kreatif, Shiva juga turut menggunakan sistem takal untuk memudahkan keluarganya menghantar makanan dan keperluan sepanjang dia menjalani kuarantin kendiri di situ.

Difahamkan bahawa pusat kesihatan terdekat di kampung tersebut berjarak 5 kilometer sementara hospital pula 30 kilometer.

Sementara itu, terdapat juga pusat pengasingan yang baru sahaja dibuka di daerah tersebut sekitar pertengahan awal bulan ini. Namun, kewujudan pusat tersebut tidak diketahui ramai.

 

Sumber: [1]