Demi Cinta, Lelaki Menyamar Sebagai Perempuan Untuk Temui Kekasih Di Majlis Perkahwinan

Kerana ingin menemui kekasihnya, seorang lelaki dari Uttar Pradesh, India sanggup berpakaian persis seorang perempuan di majlis perkahwinan wanita tersebut.

demi cinta, lelaki menyamar sebagai perempuan untuk temui kekasih di majlis perkahwinan

Bagaimanapun, rancangan tersebut menemui kegagalan apabila keluarga pengantin mencurigai kehadiran lelaki tersebut.

Rakaman video yang tular memaparkan lelaki itu dikejar ahli keluarga pengantin sebelum dikepung.

Dalam video tersebut, lelaki terbabit dilihat mengenakan solekan seperti seorang wanita dan rambut palsu serta berpakaian sari merah. Selain itu, dia juga terlihat jelas mengenakan barang kemas seperti gelang.

Difahamkan bahawa, mengikut rancangan awal lelaki tersebut, dia menyangka dia boleh memasuki bilik pengantin dengan mudah dengan berpakaian seperti perempuan.

 

Sumber: [1]