Seorang lelaki Amerika Syarikat bernama Thane Milhoan memecah rekod apabila menjadi penyelam penghantaran makanan pertama di dunia.
Tidak seperti kebanyakan orang ramai, tempat kerja lelaki ini juga berbeza yang mana dia menghantar makanan seperti piza ke hotel dengan menyelam.
“Saya menikmati reaksi pelanggan saya apabila piza mereka muncul dari bawah air, menambah pengalaman unik apabila mereka menyewa hotel bawah air,” kata Thane.
Walaupun ia kelihatan unik, penghantaran piza dengan menyelam bagaimanapun mempunyai risikonya yang tersendiri.
Seperti mana-mana makanan segera, piza memerlukan kelajuan penghantaran untuk mengekalkan rasa dan teksturnya.
Ini lagi-lagi apabila makanan tersebut dengan menggunakan laluan air yang memerlukan cara khas bagi melindungi piza tersebut; dengan itu, kotak kedap udara adalah penyelesaian Thane untuk mengelakkan piza daripada terkena air laut.
“Cabaran seterusnya ialah mengekalkan topping daripada jatuh, jadi kami menggunakan pemberat dan beberapa klip yang diletakkan secara strategik untuk memastikan kotak di dalam air,” kata Thane.
Bukan itu sahaja, adakalanya musim sejuk juga menimbulkan beberapa masalah yang mana suhu air laut pada ketika itu membuatkan dirinya berasa sejuk ketika berada bawah air.
Selain itu, cuaca yang bertukar dengan cepat sehingga mendung menjadikan permukaan bawah air lebih gelap.
“Sekarang ini suhu air menurun kira-kira 20°C dan ia menjadi agak sejuk dan boleh menjadi gelap awal jadi ia boleh menjadi seperti menyelam ketika malam,” katanya.
Walaupun penuh dengan cabaran, lelaki berusia 59 tahun ini tetap menikmatinya yang mana kongsinya, dia boleh menjana pendapatan hingga kira-kira RM83 per jam.
Sumber: [1]