Buat Cemas Ketika Buang Air, Tandas Awam Ini Hanya Dipasang Dengan Separuh Pintu

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai tandas awam yang mempunyai reka bentuk unik yang juga boleh membuatkan mereka yang ingin buang air di dalamnya berasa cemas.

buat cemas ketika buang air, tandas awam ini hanya dipasang dengan separuh pintu

Video tular itu dikongsikan di TikTok oleh seorang pengguna bernama Nathan Siagian.

Dalam video itu, pemuda tersebut kelihatan memasuki tandas awam yang mempunyai beberapa bilik yang mana pintu tandasnya, hanya mempunyai separuh pintu yang mana jika seseorang berada di dalamnya, secara automatik orang dari luar juga boleh melihatnya.

Apabila memasuki tandas tersebut, pemilik akaun itu juga terkejut dengan reka bentuk tersebut sehingga berasa hairan mengapa tandas itu direka sebegitu.

Yang lebih menghairankan, tab air di dalam tandas itu mempunyai jarak yang jauh dari kedudukan tandas itu sekali gus memungkinkan seseorang pengguna itu terpaksa berdiri untuk mengambil air.

Apa pendapat korang tentang tandas sebegini?

 

Sumber: [1]