Bosan Kerja Dari Rumah, Taman Tema Jepun Ajak Orang Ramai Bekerja Atas Ferris Wheel

Kerana tidak mahu orang ramai terus-terusan berasa kebosanan bekerja dari rumah akibat pandemik COVID-19 yang melanda, sebuah syarikat di Jepun menawarkan peluang untuk bekerja dari atas roda Ferris agar dapat menyuntik sedikit perasaan kegembiraan dalam kalangan ramai.

bosan kerja dari rumah, taman tema jepun ajak orang ramai bekerja atas ferris wheel

Pakej yang dikenali sebagai Amusement Workation itu mula ditawarkan sejak 15 Oktober tahun lalu oleh sebuah taman tema bernama Yomiuriland pada harga 1,900 Yen (RM72) untuk seorang atau 3,600 (RM136) untuk sepasang pengunjung.

Setelah masuk, pengunjung akan diberi akses penuh ke ‘bilik kerja’ mereka yang terletak di tepi kolam renang, lengkap dengan meja, kerusi pilihan dan kemudahan Wi-Fi.

Sekiranya ia masih tidak memuaskan, pengunjung juga boleh menaiki roda Ferris di taman tema tersebut yang mana menurut mereka, cukuplah masa untuk menghantar beberapa e-mel atau mengadakan panggilan Zoom bersama beberapa rakan sekerja.

Selain itu, pengunjung juga boleh mendirikan khemah di sekitar kawasan taman tema terbabit!

Dengan sedikit bayaran tambahan juga, mereka juga boleh bermain ‘game’ seperti Go-Kart atau roller-coaster sebelum meninggalkan taman tema itu selesai waktu bekerja!

Bunyi macam best je kan?

 

Sumber: [1]