Biar Betul? Pulau Misteri Mirip 'Black Hole' Ditemui Dalam Google Maps

Baru-baru ini, warganet dikejutkan dengan tangkapan Google Maps yang memperlihatkan sebuah pulau berwarna hitam.

biar betul? pulau misteri mirip 'black hole' ditemui dalam google maps

Ramai menggelar ia sebagai ‘Black Hole’ atau lohong hitam.

Sekiranya dilihat dari dekat, pulau tersebut terlihat memiliki sebuah cekungan dengan warna hitam di tengahnya.

Kemudian ada pula warna putih yang kelihatan seolah-olah pasir pantai yang mengelilingi pulau tersebut.

Tetapi, ternyata pulau kecil yang menyebabkan kekecohan dalam kalangan warganet itu dikenali sebagai Pulau Vostok.

Pulau karang yang tidak berpenghuni itu terletak di Republik Kirabiti, sebuah negara pulau di Lautan Pasifik.

Sememangnya ia bukan rahsia lagi bahawa Google Maps sering menapis lokasi yang dianggapnya sebagai sensitif.

Sebagai contoh, Pulau Moruroa ditapis supaya kehadirannya tidak ditemui pelancong kerana sinaran yang tinggi di pulau tersebut.

Bagaimanapun, tidak jelas pula sebabnya mengapa Google berkeputusan menapis Pulau Vostok.

 

Sumber: [1]