Bagai Penyewa Dari Neraka, Pemilik Rumah Tergamam Dengan Keadaan Rumah Sewa Penuh Sampah & Najis

Seorang pemilik rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah setelah disewakan kepada penyewa dari ‘neraka’.

bagai penyewa dari neraka, pemilik rumah tergamam dengan keadaan rumah sewa penuh sampah & najis

Kongsi Ian Twigg, keadaan rumahnya itu bagaikan tongkang pecah hingga menyebabkan dia terpaksa mendapatkan khidmat pencuci profesional bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Maklum Twigg lagi, penyewa tersebut bukan sahaja melarikan diri dan tidak membayar sewa tertunggak selama enam bulan, bahkan turut melonggokkan sampah di segenap ruang rumah dan kencing di merata tempat, termasuk di atas permukaan permaidani dan belakang kabinet televisyen.

Juga menjijikkan, tisu tandas yang dipenuhi najis dibuang merata-rata.

“Mereka nampaknya menggunakan satu bilik tidur secara eksklusif sebagai tong sampah dan kencing serta membuang najis sesuka hati di tempat yang bukan sepatutnya,” kata Ian.

Sebagai tambahan, Ian turut memaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan rumahnya itu memakan masa selama berjam-jam.

“Bayangkan, kami membawa keluar 60 beg sampah dari satu bilik tidur!

“Biar pun tiada kerosakan besar tapi saya tetap mengalami kerugian besar.

“Sungguh tidak adil kerana selama ini saya menjadi tuan rumah yang amat bertimbang rasa,” luahnya.

 

Sumber: [1]