Anggota Kumpulan Popular K-Pop Dedah Cara Artis Korea Bercinta Dalam Diam

Baru-baru ini, bekas ahli kumpulan gadis K-Pop popular KARA, Youngji mendedahkan bagaimana golongan artis K-Pop bercinta walaupun tanpa telefon bimbit.

anggota kumpulan popular k-pop dedah cara artis korea bercinta dalam diam.  

Menerusi episod terbaru rancangan televisyen South Korean Foreigners’ yang disiarkan pada 12 Mei lalu, bekas ahli KARA itu tampil sebagai tetamu di samping Hwangbo Chakra, Cha Eun Jung Cleo, dan Qri T-ara bersempena edisi ‘kumpulan gadis mengikut generasi’.

Dalam episod terbabit, kesemua mereka membincangkan mengenai peraturan ketat yang harus diikuti golongan artis di Korea Selatan, mengikut label masing-masing.

Kongsi Qri T-ara, “Ketika saya baru mula belajar, saya harus memantau berat badan saya, dan telefon saya diambil sehari sebelum debut kami.”

Cha Eun Jung daripada Cleo kemudian mengujar, “Walaupun anda tidak mempunyai telefon bimbit, semua orang masih akan tetap bercinta,” sebelum ditambah pula oleh Hwangbo Chakra, “Dalam kalangan ahli kumpulan, sekurang-kurangnya salah seorang daripada kami harus memiliki telefon bimbit. Mereka (lelaki tersebut) kemudian akan menelefon ahli tersebut, dan kami akan memberikan panggilan terbabit kepada ahli yang berkenaan. Saya tidak mengatakan saya pernah melakukannya.”

Youngji kemudian mengungkapkan, “Pada zaman kami, idols juga melakukan perkara tersebut. Apabila telefon anda diambil, anda boleh menyambungkan pemain MP3 ke internet dan memuat turun aplikasi messenger untuk berbual.”

 

Sumber: [1]