Seorang wanita di Shanghai, China menjadi sebutan ramai wargamaya setelah tular kerana merias kuku ayam peliharaannya dan menyiarkan foto itu dalam talian.
Wanita yang dikenali sebagai Yi Yi itu memutuskan bahawa kuku haiwan kesayangannya itu memerlukan perhatian, justeria dia membawa haiwan tersebut ke salon kuku.
Bagaimanapun, kakaitangan di salon tersebut difahamkan enggan membuat kuku ayam itu kerana bimbang ia akan menjejaskan imej salon tersebut dalam kalangan pelanggan manusia.
Akhirnya, wanita itu memutuskan untuk membuat kuku ayamnya sendiri.
Ia mengambil masa lebih dari satu jam, namun hasilnya tidak kurang dari mengagumkan.
Selain daripada pengilat kuku pelbagai warna, Yi Yi juga menambah beberapa hiasan yang memukau mata seperti labuci dan manik, untuk kesan tambahan.
Menurutnya, ia adalah hadiah untuk haiwan peliharaan tersebut kerana ayam itu telah berada di sisi Yi Yi sepanjang dua tahun kebelakangan ini yang sukar dalam kehidupannya, justeru, dia ingin menunjukkan betapa dia bersyukur dengan kehadiran ayam tersebut.
Bagaimanapun, di sebalik tularnya foto dan video mengenai kuku ayam itu, Yi Yi menegaskan bahawa ia sedikit pun tidak menjejaskan pergerakan ayam itu dan ayam tersebut malahan seolah-olah tidak terganggu dalam apa jua cara sekalipun.
Sumber: [1]