Siapa sangka hanya dengan mendengar suara, teknologi kecerdasan buatan atau juga dikenali artificial intelligence mampu menggambarkan wajah seseorang manusia.
Pencapaian tersebut dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Masschusetts Institute of Technology yang mana mereka menganalisis klip audio pendek suara seseorang dan klip audio terbabit kemudiannya bakal diterjemahkan kepada gambaran wajah pemilik suara.
Biarpun hasil AI tidaklah setepat gambaran wajah pemilik suara yang sebenar, namun ia merupakan suatu contoh luar biasa dan sedikit menakutkan, memandangkan kemampuan AI yang terlebih canggih itu mampu menghasilkan sesuatu walaupun daripada potongan data kecil.
Menerusi satu kajian yang pernah diterbitkan, pasukan terbabit menerangkan bagaimana ia menggunakan seni bina rangkaian mendalam, dilatih hanya dengan menggunakan video-video dari YouTube dan laman lain serata dalam talian, untuk menganalisis klip suara pendek dan membayangkan semula wajah pemilik suara berkenaan.
Hasilnya, algoritma Speech2Face yang digunakan dilihat mempunyai kebiasaan luar biasa yang mampu menggambarkan wajah seseorang hanya menerusi suara mereka.
Walaubagaimanapun, penyelidikan yang dibuat pasukan penyelidik Masschusetts Institute of Technology ini bukanlah yang pertama.
Terdahulu, sekumpulan penyelidik di Carnegie Mellon University turut menerbitkan kerja kajian mengenai algoritma yang serupa malah, pernah dibentangkan di Fprum Ekonomi Dunia sekitar 2018.
Dalam pada itu, pasukan penyelidik Masschusetts Institute of Technology sendiri juga pernah mengakui bahawa teknologi terbabit menimbulkan persoalan yang membimbangkan berkaitan privasi dan diskriminasi.
Sumber: [1]