Semua orang dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Sama ada nyata ataupun tidak, kita jangan senang menghukum orang malah harus menerima semua manusia dengan hati terbuka.
Tapi tahu tak ada manusia dalam dunia ni yang dilahirkan dengan genetik mutasi yang menjadikan manusia sangat unik oleh kerana bentuk fizikal mereka yang luar biasa.
- Vitiligo
Vitiligo merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan warna pada kulit yang mengakibatkan tompokan pada kulit, kelihatan seperi kesan terbakar.
Vitiligo boleh berlaku kepada semua jenis warna kulit, tetapi semestinya akan kelihatan lebih jelas pada mereka yang berkulit gelap. Vitiligo berlaku apabila sel-sel yang menghasilkan melanin mati atau berhenti berfungsi.
- Kembar campuran
Interracial marriage bukan lagi perkara yang pelik pada zaman sekarang. Tapi yang peliknya apabila mendapat anak kembar tetapi berlainan warna kulit.
Alel atau variasi gen yang menyebabkan perbezaan dalam melanin yang dijumpai dalam kulit.
- Piebaldism
Jika anda pernah melihat bayi ataupun orang yang mempunyai jambul rambut berwarna putih, kemungkinan besar mereka mengalami piebaldisma. Ia merupakan keadaan genetik yang mana seseorang itu kehilangan sel-sel yang dikenali sebagai melanosit.
- Albinisma
Albinisma adalah sindrom genetik yang paling terkenal di dunia, malah seorang model Malaysia dikenali di sini oleh kerana keunikan fizikalnya disebabkan albinisma.
Albino bukan sahaja kelihatan berbeza berbanding manusia lain tetapi mereka juga mempunyai keadaan kesihatan yang lain daripada semua orang seperti pekak, kecacatan penglihatan, sensitif dengan cahaya matahari dan sebagainya.
- Heterochromia iridum
Heterochromia adalah perbezaan warna yang berlaku pada anak mata. Mutasi genetik ini berlaku oleh kerana pengeluaran, penghantaran dan kepekatan melanin.
Mutasi ini menjadikan mata mempunyai warna yang berbeza. Heterchromia boleh berlaku pada manusia dan baka anjing dan kucing tertentu.
Sumber: iluminasi.com