Seorang lelaki di India telah dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah menipu sebuah keluarga kaya dengan menyamar sebagai anak lelaki tunggal mereka yang dilaporkan hilang pada 1977.
Dayanand Gosai telah menyamar sebagai anak lelaki tunggal keluarga Kameshwar dan Ramsakhi Singh yang dilaporkan hilang di Nalanda, utara India.
.
Keluarga Kameshwar yang juga dianggap sebagai orang paling kaya pada zaman itu telah menerima Gosai ke dalam keluarganya dan tidak menghiraukan isteri serta lima anak perempuannya yang curiga dengan lelaki pada masa tersebut berusia 21 tahun.
.
Gosai hidup dengan menyamar sebagai anak lelaki tunggal daam keluarga itu dan menjadi pewaris kepada harta Kameshwar. Selepas kematian ‘ibu dan bapa’ nya, Gosai bertindak menjual semua harta keluarga itu demi keuntungan sendiri.
.
Kehadiran Gosai nyata telah memecah belahkan keluarga Singh apabila Kameshwar menegaskan Gosai adalah anak lelakinya yang sebenar, sebaliknya Ramsakhi pula menafikan perkara itu. Kes berterusan di mahkamah selama beberapa dekad.
.
Pertuduhan ke atas Gosai diteruskan oleh anak sulung keluarga Singh, Divya yang akhirnya menyabitkan lelaki itu atas kesalahan penipuan dan penyamaran.
.
Gosai akhirnya didapati bersalah dan dikenakan penjara tiga tahun kerana memalsukan identiti dan tambahan enam bulan penjara kerana konspirasi jenayah apabila berpura-pura menjadi anak lelaki tunggal keluarga tesebut.
.
Sumber: [1]