40 Tahun Bercinta, Wanita Akhirnya Tamatkan Zaman Bujang Dengan Warna Pink

Selepas 40 tahun menjalinkan hubungan percintaan, seorang wanita Amerika Syarikat akhirnya mengahwini warna kegemarannya iaitu merah jambu!

40 tahun bercinta, wanita akhirnya tamatkan zaman bujang dengan warna pink

Mengenakan gaun pengantin berwarna merah jambu, wanita tersebut ‘menamatkan zaman bujangnya’ selepas bertukar ikrar di sebuah gereja yang terletak di Las Vegas.

Bukan sahaja dirinya yang lengkap dalam persalinan pengantin berwarna merah jambu, para tetamu lain malahan juga dilihat pakaian warna sama bagi meraikan tema majlis tersebut.

Menurut wanita itu, dia telah memakai warna merah jambu sejak 1980.

Walaupun cintanya terhadap warna itu telah wujud sejak sekian lama, idea untuk mengikat tali pertunangan dengan warna tersebut bagaimanapun hanya muncul dua tahun lalu.

Mungkin idea untuk mengahwini warna kedengaran pelik, namun pengantin perempuan itu berkata dia mahu menggalakkan orang ramai supaya mengikut kata hati mereka dan melakukan apa yang mereka suka selagi masih boleh.

 

Sumber: [1]