Pengguna jalan raya KL-Karak berdepan detik menakutkan selepas melihat seekor ular tiba-tiba jatuh dari sebuah kereta jenis Perodua Aruz.
Menerusi rakaman di Tiktok @azroyazlan81 , seekor ular terjatuh dari kenderaan itu, dipercayai berlaku sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan keadaan itu sangat berbahaya untuk pemandu dan juga penumpang kenderaan itu.
Tambah pula dengan musim panas dan cuaca tidak menentu ketika ini, reptilia berkenaan akan mencari tempat perlindungan yang lebih sejuk dan lembap, seperti dalam ruangan sempit pada kenderaan dan juga almari rumah.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk memeriksa ruang-ruang ini supaya kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Tiktok