Lelaki Tertinggal Isteri Masa Henti Rehat Lepas 80 kilometer Balik Beraya

Seorang lelaki Indonesia telah menaiki motosikalnya sejauh 80 kilometer sebelum sedar bahawa dia telah meninggalkan isterinya semasa berhenti rehat.

lelaki tertinggal isteri masa henti rehat lepas 80 kilometer balik beraya

Arif Romadon dalam perjalanan ke kampungnya di Kediri, Jawa Timur dari Bogor, Jawa Barat untuk Hari Raya di mana dia berhenti di Brebes, Jawa Tengah selepas tersesat, lapor Tribunnews.

 

Setelah menentukan arah yang betul, lelaki berusia 37 tahun itu meneruskan perjalanannya tetapi tanpa isterinya, Siti Aminah sebagai penumpang belakang.

 

Arif hanya sedar bahawa dia telah melupakan isterinya yang berusia 40 tahun apabila anak perempuannya, Krissna bertanya tentang keberadaan ibunya. Pada masa yang sama, ada 21 panggilan tidak dilayan pada telefon bimbit Arif dari Siti, yang pergi ke balai polis Brebes untuk mencari bantuan.

lelaki tertinggal isteri masa henti rehat lepas 80 kilometer balik beraya

Namun Arif bukanlah satu-satunya lelaki yang melupakan isterinya semasa memandu.

 

Pada bulan Disember, seorang lelaki Thailand tidak sedar bahawa isterinya tidak berada dalam kereta ketika dia memandu selepas berhenti untuk buang air kecil. Boontom Chaimoon telah berhenti keretanya untuk buang air kecil di tepi jalan sementara isterinya, Amnuay Chaimoon pergi ke hutan untuk membuang air.

 

Setelah selesai, Boontom memandu keretanya tanpa sedar bahawa Amnuay tidak berada dalam kereta, dilaporkan oleh India Times. Amnuay kemudian berjalan kaki sejauh 20 kilometer untuk mencari bantuan polis untuk menghubungi Boontom.

 

Sumber: Yahoo! News