29 Hari Sesat Di Lautan, Pelayar Ini Gambarkan Ia Sebagai Percutian Paling Best Dari Realiti

Dua lelaki yang sesat di lautan selama 29 hari selepas alat pengesan mereka rosak mengatakan bahawa tempoh tersebut merupakan ‘rehat yang baik’ dari realiti.

29 hari sesat di lautan, pelayar ini gambarkan ia sebagai percutian paling best dari realiti

Memetik laporan The Guardian, Livae Nanjikana dan Junior Qoloni dari Pulau Mono berada dalam sebuah motobot yang memiliki kapasiti 60 kuasa kuda kecil ketika kejadian tersebut berlaku.

Pelayaran mereka kemudian bertukar menjadi pertempuran bagi meneruskan kelangsungan hidup sebaik alat pengesan mereka didapati tidak berfungsi.

Yang mereka ada pada ketika itu hanyalah sebungkus jeruk sebagai makanan.

Walaupun ini bukanlah kali pertama mereka melakukan perjalanan seumpama itu, hujan lebat dan angin yang kuat menyebabkan kerosakan pada kapal mereka termasuk pengesan GPS.

Ia mengakibatkan mereka terapung di perairan selama 29 hari dan 400 kilometer di barat laut dari titik permulaan mereka.

Sepanjang tempoh itu, mereka hanya berbekalkan makanan seperti jeruk serta kelapa yang dikumpulkan dari laut dan air hujan yang ditadah menggunakan bantuan kanvas kecil.

Namun, 2 Oktober lalu, seorang nelayan berhampiran secara tidak sengaja ternampak mereka dan kemudian membawa mereka ke bandar Pomio.

Kedua-dua pelayar itu begitu lemah untuk berjalan sehingga terpaksa dipapah ke rumah berhampiran.

“Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku semasa saya di luar sana. Saya tidak mendengar tentang COVID atau apa-apa lagi. Saya tidak sabar untuk pulang ke rumah tetapi saya rasa ia merupakan suatu percutian yang baik dari segalanya,” kata Nanjikana.

Mereka kemudian diperiksa di pusat kesihatan setempat sebelum dipindahkan ke rumah penduduk tempatan di Pomio.

Laporan mengatakan bahawa mereka tidak diizinkan untuk kembali ke Kepulauan Solomon pada masa ini kerana sekatan perjalanan COVID.

 

Sumber: [1]