27 Tahun Tidak Bersihkan Diri, Rambut Wanita Ini Jadi Sarang Tikus & Lipas

Kerana tinggal bersendirian, seorang wanita yang berasal dari Semarang, Jawa Tengah, Indonesia dikatakan sudah 27 tahun tidak membersihkan dirinya sehingga rambutnya menjadi sarang tikus dan lipas.

27 tahun tidak bersihkan diri, rambut wanita ini jadi sarang tikus & lipas

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Sukiyah, 50, ditemui pasukan sukarelawan dalam keadaan yang tidak terurus yang mana rambutnya dikatakan kusut dan mempunyai panjang hampir dua meter.

Menerusi satu laporan yang dikeluarkan media tempatan, Sukiyah dikatakan hidup bersendirian dan mengalami beberapa kecacatan fizikal sehingga membuatkan dirinya tidak berupaya untuk menjaga dirinya sendiri.

Bagaimanapun, Sukiyah akhirnya diselamatkan seorang sukarelawan yang bernama Ardian Kurniawan Santoso.

Menurut sumber, sebelum kunjungan Ardian ke rumah Sukiyah, Ardian telah pun dimaklumkan terlebih dahulu mengenai keadaan Sukiyah yang disifatkan penduduk sebagai sangat ‘menakutkan’ selain tidak mahu dibantu oleh penduduk.

Tambah mereka lagi, Sukiyah mengalami beberapa masalah berkenaan fizikal dirinya yang mana dia mengalami kebutaan sejak usia 5 tahun dan lumpuh.

Ibunya meninggal tiga tahun yang lalu. Lantaran itu, Sukiyah tinggal bersendirian di rumah tanpa lampu sejak dari itu.

Ketika tiba di rumah Sukiyah, Ardian akuinya dirinya terkejut kerana terdapat begitu banyak sampah di sekitar rumah kayu itu.

“Saya juga terkejut. Rambutnya memanjang hingga sekitar 1.5 meter. Di rambutnya terdapat beberapa tikus, lipas, ada juga tulang tikus, bangkai. Di lantai rumahnya terdapat banyak sampah,” ujar Ardian.

Dengan penuh rasa kemanusiaan, Ardian menghampiri wanita itu dan ternyata, Sukiyah memberi respons biarpun pada mulanya, para penduduk memaklumkan Ardian bahawa wanita tersebut sukar untuk ditolong kerana sering memberontak.

“Dia mahu bercakap dengan saya, saya fikir dia juga akan marah. Tangan saya digenggam erat. Dia meminta untuk membeli susu. Dia mahu memotong rambutnya, tetapi meminta syampu hitam,” ujarnya.

Keesokan harinya, Ardian datang lagi untuk memotong rambut Sukiyah yang tebal.

Menurut Ardian ketika ditemu ramah media tempatan, proses memotong rambut wanita itu mengambil masa kira-kira 20 minit, namun, dia tetap sabar memotongnya sambil bergurau senda dengan Sukiyah.

27 tahun tidak bersihkan diri, rambut wanita ini jadi sarang tikus & lipas

“Potongan rambut selama kira-kira 20 minit, kemudian dibawa ke tempat yang sesuai untuk didiaminya. Dia tidak mahu (tinggal) bersama orang lain, jadi saya kenalkannya dengan salah seorang rakan saya, akhirnya dia mahu,” ujarnya.

Difahamkan bahawa sejurus selepas membersihkan dirinya, Sukiyah ditempatkan di sebuah rumah pemulihan dan turut menerima menerima bantuan dan khidmat sosial tempatan.

Tidak ketinggalan, rumahnya juga telah dibersihkan penduduk sekitar.

 

Sumber: [1]