Cuaca Terlampau Panas Sampaikan Jalan Tar Pun Boleh Cair, Tayar, Kasut Melekat!

Keadaan cuaca panas melampau baru-baru ini telah menyebabkan jalan tar menjadi cair.

cuaca terlampau panas sampaikan jalan tar pun boleh cair, tayar, kasut melekat!

Kejadian berlaku di bandar Surat dekat Gujarat, India jelas menunjukkan permukaan sebuah jalan mencair seperti baru lepas hujan.

 

Jalan sepanjang 200 meter yang menghubungkan Jambatan Chandra Shekar Azad dan Adajan Patiya itu baru sahaj diturap pada 11 April lalu. Namun akibat daripada suhu panas ekstrem yang berlaku, permukaan jalan menjadi cair hingga menggangu kelancaran trafik.

cuaca terlampau panas sampaikan jalan tar pun boleh cair, tayar, kasut melekat!

Malah menerusi video tular, beberapa penunggang motosikal tersekat di jalan tersebut dan ada juga terpaksa pulang ke rumah berkaki ayam selepas selipar dan kasut mereka melekat di permukaan jalan.

cuaca terlampau panas sampaikan jalan tar pun boleh cair, tayar, kasut melekat!

Untuk mengatasi masalah itu, timbunan pasir telah ditabur diatas jalan tar yang mencair supaya trafik kembali lancar.

 

Insiden itu telah menimbulkan persoalan mengenai kualiti bahan tar yang digunakan adalah tidak mematuhi standard.

 

Sumber: Sinar Harian